Darau Furniture Sdn Bhd ditubuhkan pada 25hb Mac 2019 dan beroperasi di 12A, Jalan Darau, Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Sebelum ini syarikat di kenali sebagai Sutera Pesona yang berdaftar atas milikan tunggal yang telah beroperasi di premis yang sama semenjak 1hb Januari 2003. Bermula dengan membuat built in furniture untuk dibekalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan, kompleks membeli-belah, projek perumahan swasta, kondominium serta rumah persendirian di seluruh Negeri Sabah, syarikat kemudiannya mendapat peluang untuk mengeksport pintu solid ke Brisbane, Australia menggunakan kayu eksotik dari species Surian.

Syarikat juga pernah menjadi pembekal pintu untuk perumahan di Negara Brunei Darussalam. Selain itu pernah membekal komponen meja ke Taiwan. Bermula pada tahun 2017 sehingga kini, syarikat mula membuat Craft Furniture menggunakan kayu pine yang di import dari Kanada dan Amerika Syarikat. Namun syarikat juga menggunakan kayu tropika untuk memenuhi permintaan pelanggan. Syarikat tampil dengan konsep Simple, Light and Stylish sebagai alternatif kepada produk-produk yang ada dipasaran yang kebanyakannya besar, berat dan sukar dikendalikan.

Pengalaman syarikat lebih dari 15 tahun dalam industri pembuatan perabot, membuatkan kami sangat memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Kerana itu selain dari mementingkan kualiti, kami sangat menitik beratkan kepuasan pelanggan agar setiap produk keluaran syarikat kami memenuhi citarasa dan impian para pelanggan kami.

ArabicChinese (Simplified)EnglishJapaneseKoreanMalayRussian
Sebarang Pertanyaan?

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Online

Hi, What can i do for you? 00.00
Scroll to Top